Friday, June 28, 2013

KEK FONDANT KERETA 3-D




Sejujurnya kak Xana memang enjoy sangat mendeko kek fondant 3-D bentuk kereta ni..teruja sangat kerana ini lah kek kereta pertama kak Xana...:) Terima kasih kepada Yana dari Kepala Batas kerana memberi kepercayaan kepada kak Xana untuk membuat kek harijadi kereta ni ya...semoga Yana berpuas hati dengan kek ini. 
Kek yang ditempah ialah chocolate butter kek. Semua bahagian kek ini boleh dimakan...termasuk tayar keretanya yang merupakan biskut mini yang dibalut dan dibentuk dengan fondant. Angka 29 itu juga kak Xana bentukkan dengan adunan biskut tanpa menggunakan sebarang acuan, yang kemudiannya dibakar dan dibalutkan dengan fondant dan diwarnakan dengan pewarna makanan. Manakala spoilernya pula...kak Xana bentukkan daripada beberapa batang spaghetti.



                                                       Pandangan sisi kek.


Pandangan belakang kek.



glitter graphics
Purple Sign

No comments:

Post a Comment