Sunday, February 12, 2012

KEK PIANO



Tempahan kali ini sebenarnya satu tugasan yang mencabar kreativiti kak Xana dalam menghias kek. Inilah kali pertama kak Xana membuat kek piano dari fondant. Tempahan kek piano ini datangya dari returned customer yang pernah beberapa kali menempah kek hantaran dan door gifts. " Assalamu'alaikum...Xana boleh tak buat kek harijadi bentuk piano ? "....itulah soalan pertama yang keluar semasa kak Xana terima panggilan telefon darinya. " hmmm...sebenarnya, saya tak pernah lagi buat kek piano kak...tapi, kalau nak cuba...boleh juga...insyaAllah ", itulah jawapan "berani" yang kak Xana beri...:)) Tak sangka pula...pelanggan ini beri sepenuh kepercayaan kepada kak Xana dan terus membuat tempahan kek piano khas untuk harijadi anaknya ini. kek piano yang diminta bertema hitam & putih...dan anaknya cuma inginkan kek piano yang dihiasi dengan beberapa keratan perkataan sahaja di atasnya. Perkataan-perkataan di atas kek piano itu diberi oleh pelanggan sendiri....jadi, kak Xana ikut saja kemahuannya. Khas untuk kek ini, kak Xana buat dua jenis kek iaitu kek marble dan kek cokelat yang kemudian diukir kepada bentuk piano, dan dibalut serta dihiasi dengan fondant hitam dan putih. Untuk keyboard pula...kak Xana gunakan kepingan hawflakes yang dibalut dengan fondant. Alhamdulillah....cubaan pertama kak Xana ini menjadi, dan pelanggan pun nampaknya sangat berpuas hati...Terima kasih kak Noriah di atas tempahan. :))




Disamping kek piano ini juga , kak Noriah menempah 50 biji cupcakes perasa vanila.



Purple Sign
glitter graphics
,

Thursday, February 2, 2012

HANTARAN CUPCAKES TURQOISE



Ini tempahan cupcakes fondant untuk majlis pertunangan yang kak Xana terima daripada Atikah yang tinggal di Bedong. Turqoise menjadi pilihan warna tema yang diminta...dan dipadankan dengan deco bunga gumpaste warna pastel. Oleh kerana bunga gumpaste warna pink kehabisan stok....kak Xana menggantikannya dengan warna lavender. Mulanya kak Xana agak risau juga ..takut-takut pelanggan tak bekenan dengan padanan warna ini...Tapi, alhamdulillah....kerana nampaknya, pelanggan kak Xana ni....berpuas hati dengan deco cupcakes turqoise ini setelah dihantar kepadanya. Terima kasih Atikah di atas tempahan cupcakes hantaran ni ya....walaupun, pada mulanya ada silap faham sikit tentang tempat penghantaran kek ni ya....bila difikir-fikirkan , agak lucu juga....mana lah tahu, rupanya ada nama taman yang sama dgn landmark yang sama pula tu ...hingga ke nama kedai runcit pun sama!! Tapi, rupa-rupanya....Atikah maksudkan Tmn. Permai , Bedong....yang kak Xana pula sangkakan Tmn. Permai, Sg. Petani....hahaha..:D Apa-apa pun moga-moga ini bukan kali terakhir kita berurusan ya....:))







Purple Sign
glitter graphics
,