Sunday, November 20, 2011

HAD TEMPAHAN APAM POLKA DOTS




Ini tempahan yang dibuat oleh jiran sebelah rumah kak Xana semasa majlis pertunangan anaknya semalam sebagai dessert untuk para tetamu yang diundang. Tema warna tidak ditetapkan oleh tuan rumah....jadi, kak Xana buat ikut warna pilihan kak Xana saja lah...sweet colour . Baking tetap menjadi minat kak Xana , walaupun selepas melalui detik-detik yang mencemaskan baru-baru ini. Tetapi, sekarang kak Xana tidak boleh seaktif dulu lagi...untuk sesiapa yang nak tempah apam polka dots ... kak Xana cuma mampu terima tempahan maksima sebanyak 200 biji sahaja dalam satu-satu masa. Lebih daripada itu ...harap maaf ya...kak Xana tak boleh terima demi menjaga kesihatan sendiri.





Purple Sign
glitter graphics
,

Friday, November 11, 2011

HANTARAN FONDANT HIJAU-MERAH




Sedikit kelainan daripada deco yang selalu kak Xana buat...kali ini kak Xana tidak menggunakan sugarpaste bouquet, sebaliknya mengguna kuntuman bunga tiruan sebagai hiasan kek fondant yang bertema hijau-merah ini. Agak ringkas, kak Xana hanya mengguna teknik "cut & paste" untuk fondant. Terima kasih kepada Juwita dari Sg. Petani yang sekali lagi sudi menempah kek hantaran fondant ini. Semoga berpuas hati....




Purple Sign
glitter graphics
,

Tuesday, November 8, 2011

PENGUMUMUMAN




ATAS SEBAB-SEBAB KESIHATAN, KAK XANA TIDAK DAPAT LAGI MENERIMA TEMPAHAN DLM. QTY. YANG BANYAK SEPERTI DOOR GIFTS & BISKUT RAYA. MULAI SEKARANG KAK XANA HANYA BOLEH TERIMA TEMPAHAN KEK SAMADA UTK. HANTARAN , HARIJADI ATAU MAKAN2 SAHAJA...ITU PUN DALAM QTY. YANG TERHAD...HARAP MAKLUM.

Purple Sign
glitter graphics
,