Thursday, December 9, 2010

CUPCAKES & BUTTERFLY BOXES








Alhamdulillah...di atas rezki yang tidak putus-putus Allah kurniakan kepada kak Xana tahun ini. Selagi kak Xana mampu terima ...kak Xana akan memenuhi tempahan yang datang. Tetapi ada kala sesetengah tempahan terpaksa kak Xana tolak...terutama kerana last minute order yang mana memang kak Xana tidak dapat memenuhinya, kak Xana minta maaf. Sejak cuti sekolah bermula kak Xana banyak menerima tempahan khas untuk kenduri. Tidak lepas kali ini kak Xana menerima tempahan doorgift sebanyak 400 pek. Pilihan pelanggan ini ialah cupcakes pelbagai rasa yang dipek ke dalam butterfly boxes. Antara perasa cupcakes yang kak Xana buat untuk door gift ini ialah vanila,pandan.strawberry dan oren. Syukur kerana pelanggan kak Xana sangat berpuas hati dengan semua cupcakes ini. Terima kasih kak Noriah di atas tempahan kali ini. Semoga kita dapat terus berurusan lagi di masa hadapan.







Purple Sign
glitter graphics
,

No comments:

Post a Comment