Saturday, October 30, 2010

PUDING KARAMEL



Setelah sekian lama tak update blog...hari ini kak Xana mulakan entry dengan puding karamel atau zaman mak kak Xana dulu dipanggil puding gula hangus @ puding telur....semua nama tu merujuk kepada benda yang sama sebenarnya. Ini adalah puding karamel yang dikukus...sesuai untuk dijadikan dessert atau boleh juga dijadikan sebagai hantaran. Bagi kak Xana puding karamel mempunyai kisah tersendiri....apa tidaknya, berbekalkan resipi mak...ini lah puding pertama yang kak Xana belajar membuat sendiri semasa hidup sebagai seorang pelajar di perantauan kira-kira 25 tahun yang lalu...Semasa pertama kali menyambut Aidilfitri di perantauan....puding karamel ini lah yang menjadi hidangan kak Xana di pagi Raya ....sungguh syahdu apabila dikenang kembali...Semua itu akan terus terpahat di hati....






Purple Sign
glitter graphics
,