Sunday, May 30, 2010

BLUEBERRY CHEESECAKE UTK ANNIVERSARY


Ini pula blueberry cheesecake yang ditempah oleh kawan husband utk hari ulangtahun perkahwinannya...sebenarnya, kak xana terima tempahan cheesecake ni on short notice jer...semua berjalan lancar...tiba2 bila diangkat cheesecake ni ke atas papan kek, berlaku sedikit crack pada cheesecake ni....huhuhu...gelabah juga dibuatnya sebab tuan empunya kek dah nak datang ambil...so, terus suruh husband call & beritahu ada sedikit ketidaksempurnaan ke atas cheesecake ni....kalau keadaan kek tak sempurna sememangnya kak xana tak akan puas hati ... nak buat yang lain memang dah tak sempat!! Jadi, kak xana pun ambil keputusan utk kawan hubby ni datang tengok dulu....kak xana tak kisah jika dia tak jadi ambil. Tapi,alhamdulillah...setelah kak xana terangkan apa yang berlaku dan bagi beliau teliti sendiri keadaan cheesecake ni....dia tak kisah dan nak ambil juga cheesecake ni. Jadi, bila dah keadaan kek tak 100% cantik...kena lah kak xana bagi diskaun sikit...rasa tak sedap hati nak terima bayaran dengan harga kek yang sebenar. Itu lah dia...ada kalanya buat kek ni...ada juga hari-hari yang tak menjadi....:))










Purple Sign
glitter graphics
,

AWARD






Tak sangka pula kak xana terima award yang cantik ini dari ezanoor .... Ini merupakan kali pertama kak xana terima award...hehehe...very excited !! Dah terima award...kena lah pulak ikut syarat-syarat di bawah ni pulak....:)



1. Thank and link the person that gave you the award

~ terima kasih di atas anugerah award tu.... ;-D




2. Pass the award to 15 bloggers you've recently discovered & think are fantastic


1. Yatie's Cooking

2. Cakesville

3. Kamalina's Homemade Cakes

4. Annluvcakes

5. E-na Zarina

6. Sally's Sweet Treats

7. Sweetylicious

8. ZatiD'hati

9. Liza's Yummy Cakes

10. Yumm Yummylicious
11. Tea With Umi

12. Sweet Ummi Bakery

13. Rizaida Home Bakery

14. Rose Cuppies

15. Gula dan Mentega



3. Contact said blogs and let them know they've won the award
~ akan menyusul ke blog mereka....



4. State 7 things about yourself

1. seorang surirumah...
2. seorang baker...
3. seorang ibu kpd 2 org anak remaja...
4. minat mencuba resipi baru...
5. suka membaca...
6. suka interior design...
7. luv english decor so much...




Purple Sign
glitter graphics
,

CHEESE TARTS PELBAGAI RASA


Tempahan kali ini datang dari pelanggan setia kak xana dari Changlun...Terima kasih Yus kerana sentiasa menyokong bznes yang kecil ini dan sentiasa memberi kepercayaan....:) Mini cheese tarts ini sebanyak 80 biji bersaiz 6.23cm yang terdiri daripada 3 rasa : blueberry , strawberry dan kiwi. Oleh kerana semua tarts ini akan dibawa ke Teluk Batik , maka kak xana letakkan ke dalam safety pack with holes supaya keadaan tarts tidak berlaga antara satu sama lain dan pecah...maklum saja lah perjalanan tu jauh....


Ini pula gambar close up ketiga-tiga jenis cheese tarts di dalam safety box...



Ini pula kiwi cheese tarts saiz yang paling kecil iaitu 5cm.





Purple Sign
glitter graphics
,

Sunday, May 23, 2010

KIWI CHEESECAKE



Satu lagi tempahan susulan dari sahabat ku Faz...kiwi cheesecake. Terima kasih ye...di atas tempahan. Ini pertama kali beliau menempah cheesecake dari kak xana dan semoga berpuas hati dengan kek tu...:)






Purple Sign
glitter graphics
,

Saturday, May 22, 2010

CUPCAKES OREN

Cupcakes Oren + Buttercream Topping


Walaupun bisnes kak xana ini tak sehebat mana...tapi, kak xana sangat bersyukur kerana dikurniakan ramai rakan-rakan yang menyokong kak xana selama ini dan yang menjadi pendorong untuk kak xana terus berada di sini. Seperti tempahan cupcakes oren ini...datangnya dari seorang sahabat yang tinggal di Kelab Cinta Sayang di sini. Cupcakes ini ditempah untuk anaknya bawa pulang ke asrama. Terima kasih Faz di atas kepercayaan yang diberi...semoga berpuas hati dengan cupcakes tu....:)


Ini gambar close up deco cupcakes oren yang kak xana hasilkan khas untuk anak Faz....tema bunga-bungaan.



Ini pula ialah cupcakes oren extra yang kak xana pek ke dalam dome casing...Cuppies ini ada pembeli jua akhirnya....:))




Purple Sign
glitter graphics
,

KEK BUAH


Kek buah ini ditempah oleh sahabat dari Alor Setar untuk dibawa ke K.Lumpur sebagai buah tangan buat ayah tercinta. Disamping kek buah beliau juga menempah sebiji kek butter dari kak xana. Terima kasih Liza di atas tempahan...





Purple Sign
glitter graphics
,

Sunday, May 9, 2010

CUPCAKES + MARBLE CAKE

Vanilla cupcakes + choc. ganache topping


Kek Marble



Tempahan kali ini datang dari seorang kawan lama kak xana dari Seremban yang datang ke S.Petani atas urusan peribadi. Nampaknya, kek telah menjadi penghubung silaturrahim antara kami. Sebenarnya ini lah kali pertama kak xana bertemu semula dengan beliau setelah kami berpisah sejak tahun 1982. Gembiranya hati kak xana ,tak dapat dibayangkan.....:) Vanilla cupcakes bersama topping choc. ganache dan kek marble menjadi pilihan sahabat kak xana ini, untuk ibu dan anak-anak katanya...Terima kasih Saby di atas tempahan...







Purple Sign
glitter graphics
,

Thursday, May 6, 2010

UNTUK SI MANIS 14


Choc. Moist Cake + Buttercream Deco



Kali ini kak xana menerima tempahan kek harijadi untuk si manis 14 . Customer cuma minta kak xana buatkan kek chocolate moist yang dihiasi dengan buttercream. Oleh kerana tiada sebarang tema yang ditetapkan ...maka kak xana cuma deco kek ini dengan limpahan bunga-bunga kecil buttercream dan memilih warna pink sebagai warna tema kek. Pink memang sinonim dengan anak gadis...jadi, diharapkan tuan empunya kek ini suka ye....:) Selamat Harijadi ....dan terima kasih di atas tempahan....







Purple Sign
glitter graphics
,