Thursday, April 29, 2010

FOOTBALL BIRTHDAY CAKE


Strawberry layered sponge cake + buttercream topping + football set + smarties




Haziq, anak bongsu kak xana menyambut hari lahirnya yang ke-12 tahun hari ini. Katanya, "seronok dah boleh buat kad pengenalan...." ( hmmm....) Well...cepat sungguh masa berlalu...sedar tak sedar... anak-anak semua dah remaja belaka. Alhamdulillah...semua membesar dengan baik. Oleh kerana anak kak xana ni minat bola...maka untuk harijadinya tahun ini kak xana buat kek bertema football pulak...kena lah dengan sekarang ni pun para kaki bola sedang menghitung hari untuk world cup football match kan... HAPPY 12th BIRTHDAY HAZIQ.....













Purple Sign

glitter graphics
,

Wednesday, April 28, 2010

KEK BEN 10


Choc cake + buttercream + edible image



Tempahan dari pelanggan di Kulim untuk anak lelakinya yang menyambut harijadi yang ke-7. Permintaannya cuma buat kek yang sesuai untuk kanak-kanak dan deco dengan simple buttercream saja...jadi,senang lah kerja kak xana bila diberi kebebasan untuk mendeco kek Ben 10 ni....:) terima kasih di atas tempahan ye....semoga berpuas hati.





Purple Sign
glitter graphics
,

Wednesday, April 14, 2010

BISKUT DENMARK



Apabila ada seorang kenalan kak xana di facebook bercerita mengenai biskut denmark....hati kak xana begitu teruja untuk cuba membuatnya sendiri. Kak xana amat berbesar hati kerana beliau sudi berkongsi resipi dengan kak xana. Maka, inilah hasilnya...biskut denmark dari kak xana : doh yang disalut dengan cokelat dan ditaburkan kacang tanah....:)






Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, April 5, 2010

EMPAT KEK KE SATU DESTINASI

Carrot-Walnut + Creamcheese frosting


Chocolate Moist


Lemon Cheesecake


Kek Kukus Lapis Prune


Keempat-empat biji kek ini telah ditempah oleh seorang pelanggan kak xana dari Changlun...yang terletak nun di utara Kedah berhampiran Bukit Kayu Hitam. Semuanya bersaiz kecil sahaja...lebih kurang saiz 1/2kg. Terima kasih di atas tempahan Yus...dan kepercayaan serta sokongan yang diberi .





Purple Sign
glitter graphics
,