Saturday, December 25, 2010

CHOC MOIST BERPAGAR




Umpama pagar-pagar cinta lah pula....hehehe. Hantaran kek choc moist ini juga daripada anak saudara kak Xana...Untuk menonjolkan keenakan cokelat itu sendiri,maka kak Xana tidak sarat menghias kek ini. Cukup sekadar kak Xana hiaskan keliling kek ini dengan pagaran biskut jejari yang dicelupkan dengan cokelat dan diletakkan gugusan bunga sugarpaste di tengahnya. Warna merah bunga-bunga itu dipilih untuk menampakkan kontras. Semoga berpuas hati...dan "SELAMAT PENGANTIN BARU" Yen....





Purple Sign
glitter graphics
,

HANTARAN BUTTERCREAM


Kek butter+buttercream+sugarpaste flower bouquet



Tempahan ini daripada anak saudara kak Xana untuk majlis perkahwinannya yang berlangsung pada cuti Christmas semalam 25 Dec. Permintaannya cuma kek hiasan buttercream yang ringkas...jadi, ini lah hasilnya. Bertemakan warna hitam & merah...kak Xana cuma deco corak cornelli saja di atas kek untuk mendapatkan efek seolah-olah sehelai hamparan lace...:)






Purple Sign
glitter graphics
,

Friday, December 24, 2010

CUPCAKES HANTARAN




Di samping sebiji kek fondant berbentuk hati, kak Xana juga menerima tempahan untuk cupcakes hantaran bersaiz L daripada Juwita. Terima kasih ya...Wita kerana menaruh sepenuh kepercayaan kepada kak Xana dengan tempahan ini. Cupcakes ini juga bertemakan warna goldish brown.





Purple Sign
glitter graphics
,

KEK FONDANT GOLDISH BROWN

ndant


Dengan tema goldish brown...kek hantaran fondant kali ini ditempah oleh Juwita. Di dalamnya kak Xana buatkan kek butter perisa lemon. Lain daripada biasa kali ini kak Xana menghias kek hantaran ini dengan menggunakan dua jenis fondant : home-made rolled fondant dan commercial fondant. Jadi,terhasil lah dua jenis tekstur pada kek hantaran kali ini. Semoga berpuas hati dengan tempahan ini.




Purple Sign
glitter graphics
,

Monday, December 13, 2010

TEMPAHAN LEMON CHEESECAKE & CHEESE TARTS


Lemon Cheesecake , Blueberry cheese tarts & Egg tarts


Tempahan kali ini datang nun jauh dari K.Lumpur...khas untuk dibawa sebagai bekalan semasa menjelajah Thailand. Semoga mereka semua gembira bercuti di sana sambil menikmati Lemon Cheesecake , Egg Tarts & Cheese Tarts dari Sg. Petani....:) Terima kasih Mas di atas tempahan , semoga berpuas hati....





Purple Sign
glitter graphics
,

Thursday, December 9, 2010

CUPCAKES & BUTTERFLY BOXES








Alhamdulillah...di atas rezki yang tidak putus-putus Allah kurniakan kepada kak Xana tahun ini. Selagi kak Xana mampu terima ...kak Xana akan memenuhi tempahan yang datang. Tetapi ada kala sesetengah tempahan terpaksa kak Xana tolak...terutama kerana last minute order yang mana memang kak Xana tidak dapat memenuhinya, kak Xana minta maaf. Sejak cuti sekolah bermula kak Xana banyak menerima tempahan khas untuk kenduri. Tidak lepas kali ini kak Xana menerima tempahan doorgift sebanyak 400 pek. Pilihan pelanggan ini ialah cupcakes pelbagai rasa yang dipek ke dalam butterfly boxes. Antara perasa cupcakes yang kak Xana buat untuk door gift ini ialah vanila,pandan.strawberry dan oren. Syukur kerana pelanggan kak Xana sangat berpuas hati dengan semua cupcakes ini. Terima kasih kak Noriah di atas tempahan kali ini. Semoga kita dapat terus berurusan lagi di masa hadapan.







Purple Sign
glitter graphics
,

TUXEDO & LADY'S HAT CUPCAKES

Strawberry flavored cuppies + fondant topping


Sedikit berbeza daripada kebiasaan , deco kali ini kak Xana tidak terlalu tertumpu kepada tema bunga-bungaan. Lebih mudah kerana pelanggan tidak meletakkan sebarang tema. Jadi untuk cupcakes hantaran kali ini kak Xana buatkan deco tuxedo dan topi daripada fondant. Order ini juga datangnya dari Siti sebagai hadiah untuk adik angkatnya...terima kasih ya...:)





Purple Sign
glitter graphics
,

SWEET PINK CUPCAKES

Strawberry cuppies + buttercream topping


"Tolong buatkan cupcakes untuk makan-makan dengan family...." Itu lah permintaannya daripada kak Xana. Tiada sebarang tema ditetapkan...jadi,kak Xana bebas berkreatif...:) Hasilnya ini lah..cupcakes perasa strawberry dan dihias dengan buttercream berperisa strawberry juga. Untuk deco kali ini kak Xana hanya fokus kepada dua warna sahaja iaitu pink dan hijau....terima kasih Siti di atas tempahan yang diterima. Semoga berpuas hati.








Purple Sign
glitter graphics
,

Thursday, November 25, 2010

KEK FONDANT TEMA BIRU PUTIH






Kek hantaran fondant yang bertemakan warna biru + putih ini ditempah oleh seorang pelanggan dari Sungai Petani juga. Beliau cuma berkehendakkan kek yang simple dan kecil sahaja...jadi,kak Xana hanya buatkan vanila buttercake yang bersaiz 7in. x 7in. Maka inilah hasilnya...Terima kasih kepada kak Noriah di atas kesudian menempah kak hantaran ini.



Purple Sign
glitter graphics
,

CUPPIESBLEU


Vanilla Cuppies + buttercream + sugarpaste flowers




Cupcakes ini ditempah untuk dijadikan hantaran perkahwinan . Bertemakan warna biru dan putih...maka layak lah kak Xana menamakan cupcakes ini sebagai " Cuppiesbleu". Pelanggan kak Xana ini cuma mahukan cupcakes perasa vanila yang kak Xana hiaskan dengan buttercream dan sugar flowers serta manik-manik gula. Asyik rasanya bila mendeko cupcakes warna pastel seperti biru langit ini....:)) Terima kasih di atas tempahan yang diterima....





Purple Sign
glitter graphics
,

Friday, November 19, 2010

KEK HANTARAN TEMA MAROON




Dek kerana kesuntukan masa disebabkan sambutan Aidil Adha dan undangan kenduri yang bersusun di dalam jadual , kak Xana tidak dapat memenuhi permintaan untuk membuat kek fondant. Untuk tidak menghampakan pelanggan ini...kak Xana cuma mampu mencadangkan kek butter perisa strawberry yang dihias dengan buttercream dan buah-buahan segar yang terdiri daripada strawberry serta anggur...bertema warna maroon. Semoga berpuas hati dengan kek hantaran ini dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Salmah di atas tempahan ini.






Purple Sign
glitter graphics
,

KEK PRUNE


Ringkas...itu saja yang boleh kak Xana katakan tentang kek harijadi ini. Kek Prune ini ditempah oleh jiran kak Xana sehari selepas Raya Haji tempoh hari...permintaannya tidak mahu sebarang coating pada kek,cuma ucapan "Happy Birthday" sahaja...jadi,inilah hasilnya....just a simple prune birthday cake....terima kasih di atas tempahan ya.





Purple Sign
glitter graphics
,

Saturday, November 13, 2010

KEK HARIJADI PISTOL



Macam-macam minat anak-anak kita.....Kali ini kak Xana terima tempahan kek harijadi untuk peminat pistol pula....Jadi,ini lah hasilnya kek harijadi tema pistol dan gari yang kak Xana hasilkan. Ia merupakan kek butter yang disalut dengan buttercream dan kemudiannya dihias dengan fondant yang kak Xana bentukkan pistol & gari serta bintang-bintang untuk dihias di atas kek. Terima kasih di atas tempahan....secara tidak langsung kak Xana dapat menggarap lagi kebolehan kak Xana di dalam seni menghias kek ini....




Purple Sign
glitter graphics
,