Friday, July 31, 2009

MINI TARTS..OH...MINI TARTS


Petang tadi kak xana busy dengan aktiviti " menenyeh tartlets "...dah tengah malam ni baru dapat mengadap PC. Ini last minute order dari staff Celestica di Kulim Hi-Tech...semuanya 40 biji mini tarts : egg tarts,strawberry cheese tarts & blueberry cheese tarts. Terima kasih di atas tempahan dan sokongan yang diberi..:-)


Thursday, July 30, 2009

BUTTERCREAM ROSES AMATUR



Dalam soal deco-mendeco kek ni...sebenarnya kak xana ni masih amatur.Bahan rujukan kak xana selama ni hanyalah buku-buku dan sumber dari internet. Dengan adanya you tube,memudahkan serba sikit kak xana dalam memahami tekniknya. Kak xana suka sangat tengok kek-kek yang dihias dengan buttercream roses yang comel-comel tu...tapi setakat ini masih kurang yakin lagi untuk dibuat ke atas kek yang ditempah customer...takut tak kemas...Selalunya to be safe,kak xana gunakan roses yang dah ready-made tu je...Tapi,in future kak xana memang berazam untuk praktik buttercream roses hasil tangan sendiri ni...


Memandangkan kat rumah masih ada lagi lebihan buttercream..dan siang tadi agak free sikit...kak xana pun cuba lah praktis buat roses ni.Maka terhasil lah buttercream roses macam dalam gambar-gambar tu. Hmmm...bila tengok gambar balik,memang perlu banyak praktis lagi kan? Kelopaknya ada yang tebal..ada yang nipis...betul tak? Memang need more improvement! Tapi sebenarnya sebelum ni hasilnya lebih teruk dari ni..tak menjadi..nak tau kenapa? Sebabnya masa guna nozzle untuk rose tu kak xana guna terbalik
dengan bahagian lebar di atas dan tirus di bawah...maka jadi rose terpenyek lah! Lepas tengok semula video di you tube tu...baru lah menjadi sikit...HAPPY...HAPPY...BETOI!!



Saturday, July 25, 2009

KEK BUTTER



Tempahan daripada Puan Suria ibu kepada rakan sekolah anak sulung kak xana.




















Resipi Kek Butter


250 gm butter
200 gm gula castor
5 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
210 gm tepung naik sendiri

Cara Membuatnya:

1. Panaskan oven kepada suhu 180C dan lenserkan acuan 7in. x 7in.

2
. Pukul butter dan gula hingga sebati.


3
. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati
diantaranya.

4
. Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu.


5
. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit sambil dikaup balikkan dengan
menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.

6
. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenserkan tadi dan dibakar selama 50 -
60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.

7.
Setelah kek masak,sejukkan seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biar kek sejuk
sepenuhnya.

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, July 22, 2009

KEK BARBIE


Ooohh...akhirnya tercapai juga hasrat untuk buat kek Barbie.Teruja sungguh rasanya!!Sebenarnya inilah kek Barbie pertama kak xana.Kek ni kak xana buat semalam untuk test skill sendiri dalam menghias kek seperti ini. Agak berpuas hati jugalah dengan hasilnya.Tapi...rasanya sayang pula nak potong kek ni...aduhai...






So..layar je lah semua gambar-gambar yang kak xana post ni ye..Kalau ada yang berminat tu..boleh lah order...

Saturday, July 18, 2009

KEK CHIFFON



Tempahan kek chiffon ini diterima dari rakan sekerja husband.Kek chiffon yang ditempah ialah chiffon pandan,chiffon koko,chiffon cuppucino dan chiffon strawberry.

RESIPI KEK CHIFFON

[A ]

4 biji telur kuning
115 ml. air
85 ml. minyak sayuran
1/4 sudu teh garam
100 gm. gula castor
150 gm. tepung gandum
1 sudu teh baking powder

[B]

4 biji telur putih
90 gm. gula castor
1/8 sudu teh cream of tartar


Cara Membuatnya:-

1) Ayak bersama tepung gandum dan baking powder.
2) Di dalam sebiji mangkuk pengadun satukan telur kuning,gula,minyak
sayuran,air dan garam . Pukul dengan menggunakan wire whisk sehingga
bahan-bahan sebati.Jangan dipukul lama cukup sekadar gula sebati dengan
bahan-bahan lain.
3) Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi,dan dikacau dengan wire
whisk sehingga tiada ketulan tepung dan semuanya sebati. Ketepikan
sementara.
4) Di dalam bekas lain,pukul putih telur dengan mengguna electric mixer hingga
nampak putih telur mula mengembang.Masukkan gula castor dan cream of
tartar dan dipukul lagi hingga putih telur betul-betul kembang dan menjadi
kental.Uji dengan terbalikkan mangkuk pengadun tersebut.Jika putih telur
tidak jatuh maka adunannya cukup kental.
5) Campurkan adunan A + B dengan mengaupkan adunan putih telur ke dalam
adunan tepung tadi.Kaup-balikkan adunan secara perlahan hingga semuanya
sebati.Di peringkat ini jangan dikaup terlalu lama.Cukup apabila putih telur
bersatu dengan adunan tepung.
6) Tuangkan adunan ke dalam acuan chiffon yang berlubang di tengah seperti di
dalam gambar di bawah tu...acuan jangan dilenser dengan butter/majerin
tau...
7) Bakar di dalam oven yang terlebih dulu telah dipanaskan pada suhu 175C.
selama 35-40 minit di rak paling bawah.
8) Setelah masak,keluarkan dari oven dan segera terbalikkan acuan.Biarkan kek
sejuk dalam keadaan terbalik tu...Keluarkan kek dari acuan apabila kek telah
betul-betul sejuk.

NOTA:
di dalam membuat kek chiffon ni bahan yang paling kritikal ialah putih telurnya...jadi bila mengasingkan putih telur dari kuningnya pastikan jangan ada walau setitik kuning telur masuk ke dalamnya.Mesti pukul putih telur tu sampai betul-betul kembang dan kental.Insyaallah,kek chiffon kita akan jadi lembut.


Ini adalah resipi asas kek chiffon...jadi untuk sesiapa yang nak perasa lain tu hanya tambahkan 1 sudu besar perasa pilihan.Kak xana selalunya guna perasa dalam bentuk paste sebab ianya 2 dalam satu: pewarna + perasa sekali... campurkan masa megadun adunan A.










Tuesday, July 14, 2009

MINI TARTS LAGI....

Sejak akhir-akhir ni kak xana kerap pula menerima tempahan mini tarts. Kali ini tempahan datang dari customer di Kulim,yang order 3 jenis mini tarts macam dalam gambar-gambar ni...blueberry cheese tarts, egg tarts dan apple tarts.Terima kasih di atas tempahan yang dibuat...

Apple Tart

Sunday, July 12, 2009

KEK KUKUS LAPIS HAWFLAKES

Kek ini kak xana buat untuk makan-makan.Sesiapa yang teringin nak order boleh hubungi kak xana.

Tuesday, July 7, 2009

PENGEDARAN BISKUT RAYA

Di sini kak xana dah mula post gambar-gambar biskut raya tahun ni.Selain daripada standard pack 50 biji, untuk raya 2009 ni juga kak xana ada pek biskut campuran yang datang dalam 4 variasi.Sudilah kiranya membelek-belek gambar-gambar biskut yang ada tu....kalau ada yang berkenan contact kak xana untuk tempahan.Tempahan mesti dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum puasa ye....sebab...mula puasa dah kena cargass!!!Untuk sesiapa yang ingin menjadi dealer contact me for more details.Walau bagaimanapun,sample biskut yang kak xana buat adalah terhad.So....siapa dulu dia dapatlah.Kiranya tu...selagi stok sample masih ada.Untuk more details boleh juga layari my other blog : Sweetcuppies Cookies

BISKUT RAYA CAMPURAN

Set A : Tat Nenas/Biskut Dahlia/London Almond
Qty : 36 biji
Harga : RM 20.00



Set B : Jejari Oat/Tat Nyonya/London Almond
Qty : 50 biji
Harga : RM21.00




Set C : Biskut Badam/Crystal Ball/Biskut Suji
Qty : 42 biji
Harha : RM 18.00




Set D : Tat Blueberry/Biskut Mazola/Coco Spritz
Qty : 50 biji
Harga : RM 20.00




BISKUT RAYA 2009

Tat Nyonya : RM 20.00 utk. 50biji



Tat Nenas : RM 20.00 utk. 50biji



Tat Blueberry : RM 20.00 utk 50biji



Shortbread : RM 22.00 utk. 50biji



London Almond : RM 21.00 utk. 50biji



Jejari Oat : RM 21.00 utk. 50biji



Biskut Dahlia : RM 18.00 utk. 50biji



Crystal Ball : RM 17.00 utk. 50biji



Coco Spritz : RM 19.00 utk. 50biji



Biskut Suji : RM 18.00 utk. 50biji



Biskut Mazola : RM 18.00 utk. 50biji



Biskut Keju : RM 19.00 utk. 50biji




Biskut Badam : RM 19.00 utk. 50biji

Sunday, July 5, 2009

PEK CUPCAKES

Salah satu cara untuk pek buttercream cuppies ialah dengan menggunakan cupcakes plastic containers seperti dalam gambar-gambar yang kak xana post ni.Cara ini sesuai kalau kita nak edarkan kepada tetamu pada majlis tertentu.Ianya kemas dan juga termasuk dalam kategori budget packaging.Jika ingin diletakkan tags pada pek pun boleh....di Sweet Cuppies kak xana ada menyediakan beberapa jenis tags jika diperlukan.Some other time I'll post the pictures of available personalized tags here.Tunggu je....




Pelbagai cupcakes boleh dipek mengikut citarasa pelanggan.

ASSORTED CUPCAKES


Ini choc. cupcakes yang kak xana namakan Lavender Choc. Cuppies....



Chocolate cupcakes ni diberi design yang simple je...



Just a simple decoration for my little butter cupcakes which I named it ButterRose Cuppies.



Cuppies ini namanya Orange Sweets.



Strawberry Swirl Cuppies. Dalamnya sudah tentu strawberry cupcakes ye...



Ini pula Cherry Cuppies yang menggunakan vanila cupcakes.



Disebabkan atas cuppies tu ada blueberry jam,jadi kak xana namakan Blueberry Strike Cuppies.Dalamnya choc. cupcakes.


Inilah rupanya cuppies yang belum disapukan buttercream.Di sini ada perasa strawberry,vanila,orange dan chocolate.