Tuesday, August 18, 2009

SELAMAT BERPUASA...

Salam buat semua...dah hampir seminggu kak xana tak menjenguk dan update blog ni kerana kesihatan tak mengizinkan. Hari ni baru dapat tengok blog ni.Sebenarnya dah lama juga kak xana tak pernah demam teruk macam hari tu.Mungkin dengan penularan wabak Influenza A H1N1 di negara kita sekarang ni..tertempias jugak sedikit sebanyak simtomnya.Alhamdulilah...everything is fine..tak de gangguan paru-paru dan sekarang dah sihat..cuma tinggal anak kak xana yang kedua je yang masih lagi batuk-batuk dan tak dapat ke sekolah lagi.Nampaknya tak berapa hari lagi dah nak masuk bulan Ramadhan ye...so, kak xana ucapkan buat semua SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK! Kak xana pun dah nak mula membuat biskut raya...Di sepanjang bulan puasa ni kak xana memang tidak menerima sebarang tempahan untuk kek kerana akan sibuk menyiapkan semua tempahan biskut raya.Mungkin aktiviti blogging ni pun akan bercuti buat sementara waktu...hingga semuanya selesai.So untuk semua pengunjung dan followers blog ini...kita jumpa lagi selepas bulan Ramadhan nanti ye...

No comments:

Post a Comment