Saturday, July 18, 2009

KEK CHIFFON



Tempahan kek chiffon ini diterima dari rakan sekerja husband.Kek chiffon yang ditempah ialah chiffon pandan,chiffon koko,chiffon cuppucino dan chiffon strawberry.

RESIPI KEK CHIFFON

[A ]

4 biji telur kuning
115 ml. air
85 ml. minyak sayuran
1/4 sudu teh garam
100 gm. gula castor
150 gm. tepung gandum
1 sudu teh baking powder

[B]

4 biji telur putih
90 gm. gula castor
1/8 sudu teh cream of tartar


Cara Membuatnya:-

1) Ayak bersama tepung gandum dan baking powder.
2) Di dalam sebiji mangkuk pengadun satukan telur kuning,gula,minyak
sayuran,air dan garam . Pukul dengan menggunakan wire whisk sehingga
bahan-bahan sebati.Jangan dipukul lama cukup sekadar gula sebati dengan
bahan-bahan lain.
3) Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi,dan dikacau dengan wire
whisk sehingga tiada ketulan tepung dan semuanya sebati. Ketepikan
sementara.
4) Di dalam bekas lain,pukul putih telur dengan mengguna electric mixer hingga
nampak putih telur mula mengembang.Masukkan gula castor dan cream of
tartar dan dipukul lagi hingga putih telur betul-betul kembang dan menjadi
kental.Uji dengan terbalikkan mangkuk pengadun tersebut.Jika putih telur
tidak jatuh maka adunannya cukup kental.
5) Campurkan adunan A + B dengan mengaupkan adunan putih telur ke dalam
adunan tepung tadi.Kaup-balikkan adunan secara perlahan hingga semuanya
sebati.Di peringkat ini jangan dikaup terlalu lama.Cukup apabila putih telur
bersatu dengan adunan tepung.
6) Tuangkan adunan ke dalam acuan chiffon yang berlubang di tengah seperti di
dalam gambar di bawah tu...acuan jangan dilenser dengan butter/majerin
tau...
7) Bakar di dalam oven yang terlebih dulu telah dipanaskan pada suhu 175C.
selama 35-40 minit di rak paling bawah.
8) Setelah masak,keluarkan dari oven dan segera terbalikkan acuan.Biarkan kek
sejuk dalam keadaan terbalik tu...Keluarkan kek dari acuan apabila kek telah
betul-betul sejuk.

NOTA:
di dalam membuat kek chiffon ni bahan yang paling kritikal ialah putih telurnya...jadi bila mengasingkan putih telur dari kuningnya pastikan jangan ada walau setitik kuning telur masuk ke dalamnya.Mesti pukul putih telur tu sampai betul-betul kembang dan kental.Insyaallah,kek chiffon kita akan jadi lembut.


Ini adalah resipi asas kek chiffon...jadi untuk sesiapa yang nak perasa lain tu hanya tambahkan 1 sudu besar perasa pilihan.Kak xana selalunya guna perasa dalam bentuk paste sebab ianya 2 dalam satu: pewarna + perasa sekali... campurkan masa megadun adunan A.










No comments:

Post a Comment